Home Koronavirus Rentas negeri: Beli tiket penerbangan bukan alasan kukuh

Rentas negeri: Beli tiket penerbangan bukan alasan kukuh

0
Rentas negeri: Beli tiket penerbangan bukan alasan kukuh

PETALING JAYA – Polis mengingatkan orang ramai bahawa pembeli tiket penerbangan bukan alasan kukuh bagi mendapatkan kelulusan permit rentas negeri.

Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menolak sebanyak 583 permohonan merentas negeri melalui pengangkutan udara sejak 30 April hingga Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, penolakan berkenaan disebabkan justifikasi permohonan tidak munasabah dan dokumen perjalanan yang dikemukakan tidak sah atau tidak lengkap.

“Kelulusan akan diberikan jika membabitkan kematian ahli keluarga terdekat iaitu pasangan sendiri, anak, ibu dan adik beradik, kecemasan dan pasangan suami isteri jarak jauh,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Fakhrudin berkata, kesemua permohonan di atas perlu mendapat kebenaran polis melalui permit rentas negeri sebelum membuat sebarang tempahan atau pembelian tiket penerbangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here