Home Koronavirus Remaja berusia 12 hingga 15 tahun di Sarawak divaksin mulai Khamis

Remaja berusia 12 hingga 15 tahun di Sarawak divaksin mulai Khamis

0
Remaja berusia 12 hingga 15 tahun di Sarawak divaksin mulai Khamis

KUCHING – Remaja berusia lingkungan 12 hingga 15 tahun yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan di Sarawak dijangka menerima vaksin Covid-19 bermula Khamis ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, perancangan itu adalah selaras dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam untuk memulakan program vaksinasi kepada golongan berusia lingkungan 12 hingga 17 tahun secara jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara.

“Khairy juga berkata, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan senarai PPV yang terpilih hari ini. Kira-Kira 3.2 juta remaja di seluruh negara dijangka terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk golongan itu,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Khairy berkata, langkah vaksinasi itu adalah sebagai persiapan bagi pembukaan semula sesi persekolahan pada 3 Oktober dalam memastikan risiko jangkitan di sekolah dikurangkan dan pada masa yang sama, mencegah kemunculan kluster atau kes membabitkan pelajar.

“Ibu bapa dan penjaga hendaklah menggunakan sepenuhnya peluang ini bagi melindungi anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

“Di Sarawak, pejabat kesihatan bahagian masing-masing akan memilih PPV untuk tujuan tersebut. Sila temani anak anda untuk vaksinasi kerana ada borang kebenaran yang perlu anda isi,” katanya.

Uggah, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, baru-baru ini, negeri itu menerima penghantaran vaksin dos tunggal CanSino sebanyak 10,000 dos.

Beliau berkata, vaksin itu akan diagih bermula pada Selasa kepada Cawangan Farmasi Logistik Negeri yang terletak di sini, Pusat Farmasi Bahagian (PFB) di Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Kapit serta Hospital Sarikei Hospital Sibu dan klinik kesihatan (KK) di Mid-Layar (Betong), Kapit and Song.

“Pada 24 September, sesetengah vaksin akan dihantar ke KK Bintulu, Hospital Bintulu, KK Belaga, KK Sungai Asap dan PFB Miri,” katanya. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here