Home Koronavirus Raudhatul Sakinah kebumi jenazah Covid-19 hampir setiap hari

Raudhatul Sakinah kebumi jenazah Covid-19 hampir setiap hari

0
Raudhatul Sakinah kebumi jenazah Covid-19 hampir setiap hari

KUALA LUMPUR – Hampir setiap hari Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak di sini menerima jenazah pesakit Covid-19.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, setakat ini hampir 150 jenazah yang dikaitkan dengan Covid-19 dikebumikan di situ sejak Mac tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, tanah perkuburan di bawah seliaan Jawi tersebut menunjukkan kekerapan menguruskan jenazah Covid-19 kebelakangan ini.

“Jika dulu selang dua ke tiga hari sekali, kadangkala seminggu sekali, tetapi kini hampir setiap hari ada pengebumian melibatkan kes Covid-19.

“Jaga diri, jaga keluarga, moga ALLAH SWT melindungi kita semua,” menurut perkongsian itu pada Sabtu.

Kes Covid-19 menunjukkan peningkatan mendadak kebelakangan ini terutamanya pada Sabtu apabila kes harian mencecah 9,020 kes dengan 98 kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, Malaysia melalui detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian tertinggi Sabtu lalu.

Beliau memaklumkan, dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan Covid-19 telah direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here