Home Koronavirus Ramai tidak patuhi SOP semasa sambutan perayaan di Sarawak

Ramai tidak patuhi SOP semasa sambutan perayaan di Sarawak

0
Ramai tidak patuhi SOP semasa sambutan perayaan di Sarawak

KUCHING – Peningkatan kes-kes Covid-19 di Sarawak dilihat ketara berlaku selepas sambutan perayaan seperti Hari Raya dan Gawai, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lonjakan itu menunjukkan masih ramai yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan baik semasa sambutan ini.

“Ada kemungkinan orang ramai mengambil pendekatan lebih longgar terhadap pematuhan SOP kerana mereka beranggapan ia dibolehkan bagi mereka sudah menerima suntikan vaksin. Semasa sambutan Hari Raya misalnya, saya lihat ada yang ambil kesempatan mengunjungi sahabat dan sanak saudara.

“Ini persepsi yang salah, kerana vaksin tidak menghalang penularan virus. Anda masih boleh dijangkiti, dan menjangkiti. Apa yang vaksin ini lakukan ialah ia meminimumkan kesan Covid-19, supaya simptomnya tidak terlalu teruk,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Sementara itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, beliau telah menyalur bantuan barangan makanan asas seberat 3.2 tan kepada penduduk kampung dalam kawasan Parlimen Santubong yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Dianggarkan 2,522 penduduk kawasan berkenaan telah menerima bantuan itu. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here