PUTRAJAYA – Seorang rakyat tempatan menjadi individu pertama di negara ini dikesan dijangkiti varian Covid-19 dari India, B.1.671.2
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu berkenaan merupakan kontak rapat kepada warga India yang sama-sama menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan pada 23 April lalu.
“Warga India tersebut telah dikesan positif Covid-19 sewaktu dalam tempoh kuarantin,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, warga tempatan itu mempunyai gejala pada 3 Mei dan menjalani ujian RTK-Ag pada hari yang sama.
“Dia dikesan positif menerusi ujian calitan RT-PCR pada keesokan harinya,” katanya.
AKAN MENYUSUL