Home Koronavirus Rakyat Kelantan perlu sedia sekiranya berlaku perubahan SOP

Rakyat Kelantan perlu sedia sekiranya berlaku perubahan SOP

0
Rakyat Kelantan perlu sedia sekiranya berlaku perubahan SOP

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mahu rakyat bersedia sekiranya berlaku perubahan terhadap prosedur operasi standard (SOP) di negeri ini bagi membendung penularan Covid-19.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perubahan SOP berkenaan adalah berdasarkan perkembangan semasa jumlah kes jangkitan pandemik berkenaan di beberapa buah negeri.

“Kita perlu bersiap sedia kemungkinan berlaku perubahan SOP baharu memandangkan semalam (Selasa) kita ada dengar maklumat mengatakan aktiviti sosial kemungkinan tidak akan dibenarkan untuk mengelak daripada berlakunya jangkitan dan kuman merebak,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan MABNA, Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri juga berharap seluruh rakyat Kelantan sentiasa menjaga diri masing-masing dan patuh SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekali gus dapat menghindari daripada jangkitan varian baharu.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP serta disaran mengambil dos penggalak Covid-19.

Ia susulan varian baharu Omicron yang ditemui di Afrika Selatan dan telah memasuki Hong Kong semakin menghampiri Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here