Home Koronavirus Rakyat Kelantan perlu ambil dos penggalak hadapi endemik

Rakyat Kelantan perlu ambil dos penggalak hadapi endemik

0
Rakyat Kelantan perlu ambil dos penggalak hadapi endemik

KOTA BHARU – Rakyat Kelantan perlu mendapatkan vaksinasi Covid-19 masing-masing terutamanya dos penggalak bagi persediaan awal memasuki fasa peralihan endemik.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, langkah tersebut amat perlu bagi memastikan rakyat sentiasa terkawal daripada jangkitan wabak berkenaan, sekali gus dapat mencegah kes kritikal.

“Kita menyambut baik keputusan kerajaan untuk memasuki fasa peralihan endemik awal April ini. Namun kita masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana risiko jangkitan masih ada.

“Apa yang penting, setiap orang perlu menitik beratkan soal penjagaan SOP kerana cabaran selepas ini lebih besar dan tetap ada di sekeliling kita,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Menurutnya, sehingga kini, sambutan terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di negeri ini masih rendah dan ibu bapa seharusnya mengambil langkah awal untuk berbuat demikian bersesuaian dengan peralihan fasa tidak lama lagi.

Beliau berkata, vaksinasi melibatkan dos penggalak juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan orang ramai tidak perlu takut atau bimbang dengan berita-berita negatif yang sememangnya tidak benar mengenai suntikan ketiga itu.

“Banyak kita lihat penularan mengenai kesan-kesan negatif suntikan ketiga atau dos penggalak yang ternyata faktanya adalah tidak benar. Nasihat saya, dapatkan maklumat yang jelas dari mereka yang berautoriti. Insya-ALLAH kita dikehendaki berusaha untuk pencegahan jangkitan kita,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here