PUTRAJAYA – Derma dua juta dos vaksin Covid-19 oleh syarikat berpangkalan di Hong Kong kepada Pulau Pinang adalah tawaran palsu.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati syarikat berkenaan tidak wujud malahan syarikat Sinovac di China juga tidak menerima sebarang permohonan atau bukti dari syarikat berkenaan.
“Wanita yang dikatakan sebagai pegawai Sinovac yang menguruskan pasaran Asia juga menafikan perkara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar secara maya pada Rabu.
Sehubungan itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah diarahkan untuk membuat laporan polis.
AKAN MENYUSUL