Home Koronavirus Pulau Pinang catat dua kes Omicron

Pulau Pinang catat dua kes Omicron

0
Pulau Pinang catat dua kes Omicron

GEORGETOWN – Pulau Pinang merekodkan dua kes varian Covid-19 Omicron setakat Ahad.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan kedua-dua kes itu merupakan jangkitan dari luar negara membabitkan dua individu pulang dari Arab Saudi selepas menunaikan umrah.

Tambahnya, kedua-dua pesakit kini dikuarantin di hospital untuk pemerhatian lanjut.

“Usaha untuk mengesan kontak rapat juga sedang dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga. Setakat semalam (Ahad), Pulau Pinang telah merekodkan dua kes Omicron dan kita memandang serius perkara ini.

“Kita akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan varian ini tidak menular,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kalendar 2022 kepada peniaga dan pengunjung di Campbell Street di sini pada Isnin.

Kon Yeow turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang yang layak supaya mengambil suntikan penggalak Covid-19 selain terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita mempunyai pusat pemberian vaksinasi (PPV), hospital dan klinik yang mencukupi untuk menampung mereka yang ingin mendapatkan suntikan penggalak. Ini adalah usaha terbaik kita dalam menangani pandemik Covid-19.

“Kita mahu mengelak jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat,” tambahnya sambil menekankan bahawa setiap pihak harus memainkan peranan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here