Home Koronavirus Program saringan komuniti kesan 3,211 kes positif di Selangor

Program saringan komuniti kesan 3,211 kes positif di Selangor

0
Program saringan komuniti kesan 3,211 kes positif di Selangor

SHAH ALAM – Program Saringan Komuniti Covid-19 yang dilaksanakan bermula 8 Mei hingga semalam (Sabtu) berjaya mengesan sebanyak 3,211 kes positif (3.55 peratus) hasil ujian di 46 daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam hantaran di akaun Twitter berkata, setakat semalam (Sabtu), seramai 90,363 individu di Selangor telah menjalani ujian saringan menerusi program itu.

“Jumlah ini melangkaui sasaran awal iaitu 50,000 individu. Terima kasih kepada mereka yang hadir dan memberi kerjasama sewaktu proses saringan,” katanya dalam hantaran itu.

Program saringan percuma itu dijadual berakhir Khamis ini dan dianjurkan oleh kerajaan negeri melibatkan rakyat di 56 kawasan DUN di Selangor. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here