KUALA LUMPUR – Program imunisasi sektor pembinaan yang akan bermula 1 Julai memberi tumpuan kepada projek pembinaan yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Menurutnya, program berkenaan tidak menjejaskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang berjalan seperti biasa.
Dalam perkembangan lain Khairy berkata, populasi rakyat Malaysia terima satu dos vaksin kini mencecah 15 peratus, manakala individu lengkap vaksinasi 5.8 peratus.
AKAN MENYUSUL