Home Koronavirus Presiden, Wanita Pertama Syria positif Covid-19

Presiden, Wanita Pertama Syria positif Covid-19

Presiden, Wanita Pertama Syria positif Covid-19

DAMSYIK – Presiden Syria, Bashar al-Assad dan Wanita Pertama Syria, Asma disahkan positif Covid-19 selepas mengalami gejala ringan, menurut kediaman rasmi presiden pada Isnin.

“Keputusan itu diperoleh selepas kedua-dua menjalani ujian PCR. Mereka berada dalam keadaan sihat dan stabil,” jelas kenyataan itu lagi yang mengesahkan pasangan terbabit akan dikuarantin selama tiga minggu.

Keputusan itu diperoleh lebih seminggu selepas Damsyik memulakan program vaksinasi ke atas kakitangan kesihatan yang bertugas di barisan hadapan menggunakan vaksin yang dihantar daripada negara tidak dikenal pasti.

Anggota kerajaan dijangka menerima suntikan vaksin di bawah skim global Covax yang disokong PBB menjelang akhir bulan ini.

Agensi antarabangsa yang terlibat skim tersebut berjanji untuk membantu Syria mendapatkan vaksin tersebut dan memberikan suntikan kepada sekurang-kurangnya tiga peratus daripada 20 juta populasi dan menyasarkan sehingga 20 peratus mendapat suntikan vaksin pada akhir tahun ini. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here