Home Koronavirus PPVN mampu kukuh usaha pengkomersialan vaksin tempatan

PPVN mampu kukuh usaha pengkomersialan vaksin tempatan

0
PPVN mampu kukuh usaha pengkomersialan vaksin tempatan

BANGI – Rangka kerja Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) diyakini mampu membantu mengukuhkan keupayaan Malaysia secara berperingkat dalam usaha pengkomersialan vaksin tempatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini seterusnya akan menyumbang kepada industri bioteknologi, pembangunan modal insan dan bioekonomi negara.

“Rangka Kerja PPVN terbahagi kepada enam bidang keutamaan iaitu tadbir urus, infrastruktur pembuatan vaksin, kajian klinikal, pembangunan modal insan dan perolehan teknologi, pembangunan vaksin serta komunikasi vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di sini pada Isnin yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, PPVN akan menetapkan pengeluaran vaksin dalam dua fasa iaitu bagi jangka masa pendek yang akan mengambil masa satu hingga lima tahun, manakala jangka masa panjang mengambil masa lima hingga 10 tahun.

Dr Adham berkata, pembangunan vaksin bertujuan menghasilkan vaksin manusia untuk kegunaan dalam negara khususnya bagi kesemua vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebagai langkah siap siaga negara dalam menghadapi sebarang ancaman pandemik pada masa hadapan.

Sehubungan itu, beliau berkata, MGVI juga bakal menyediakan akses kepada fasiliti penyelidikan untuk memenuhi keperluan pembangunan vaksin, selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here