Home Koronavirus PPV Lengang, penduduk Sandakan diminta ambil vaksin secara jumpa terus

PPV Lengang, penduduk Sandakan diminta ambil vaksin secara jumpa terus

0
PPV Lengang, penduduk Sandakan diminta ambil vaksin secara jumpa terus

SANDAKAN – Penduduk di daerah Sandakan diminta untuk pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) bagi menerima vaksin Covid-19 secara jumpa terus atau ‘walk in’ bagi memastikan daerah itu serta Sabah mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas.

Tinjauan di enam PPV di daerah ini pada Jumaat yang menyediakan 6,012 dos vaksin secara jumpa terus mendapati pusat itu dalam keadaan lengang berikutan kurang sambutan antaranya daripada warga asing, malah ada PPV yang mencatatkan kehadiran penerima vaksin kurang dari 100 orang.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, penduduk Sandakan termasuk warga asing yang tidak mempunyai dokumen tidak perlu risau bagi mendapatkan vaksin itu dan pihaknya akan memastikan semua yang hadir mendapatkan vaksin dengan selamat.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu atau tuduhan liar mengenai kesan pengambilan vaksin kersana menurutnya penyebaran perkara seumpama itu boleh menjejaskan program imunisasi dijalankan.

“Tuduhan liar itu, antaranya ‘ID’ khas vaksinasi untuk mereka tidak mempunyai dokumen selepas menerima vaksin kononnya bertujuan menahan mereka, mengganggu proses pemberian vaksin bagi tujuan mencapai imuniti kelompok demi mencegah jangkitan Covid-19.

“ID khas vaksinasi bagi mereka tidak berdokumen adalah untuk memudahkan proses rekod dalam aplikasi MySejahtera bagi tujuan mendapatkan sijil lengkap menerima dos vaksinasi. Tiada tujuan selain daripada itu,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun dilaporkan berkata hampir 41 peratus penduduk dewasa di Sabah telah melengkapkan pengambilan kedua-dua dos vaksin Covid-19. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here