Home Koronavirus Pos Malaysia dilantik hantar kit kesihatan ke seluruh negara

Pos Malaysia dilantik hantar kit kesihatan ke seluruh negara

0
Pos Malaysia dilantik hantar kit kesihatan ke seluruh negara

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melantik Pos Malaysia untuk penghantaran Pakej Penjagaan Covid-19 kepada lebih tiga juta keluarga B40 di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer melalui kenyataan pada Jumaat memberitahu, inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 September 2021 membolehkan setiap keluarga menerima pakej penjagaan yang mengandungi pelitup muka guna semula, kit ujian kendiri Covid-19, oximeter, termometer serta risalah penggunaan dan maklumat kesihatan.

Brewer dalam kenyataan sama berbangga kerana KKM memilih Pos Malaysia menjadi penghantar pakej berkenaan.

“Saya turut berbangga dengan lebih 15,000 wira (kakitangan) Pos Malaysia yang gigih memastikan rakyat di negara ini kekal terhubung dan kami akan pastikan semua pakej dihantar tepat pada masanya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, setakat ini lebih 360,000 Pakej Penjagaan Covid-19 sudah dihantar dan dijangka semua penerima menerima pakej itu menjelang Jun tahun ini.

“Sebagai satu pasukan, kami menghantar, menghubungkan dan memperbaiki kehidupan.

“Pos Malaysia berbangga menyediakan perkhidmatan kepada setiap alamat di Malaysia, lebih sembilan juta alamat di seluruh negara, tidak kira panas ataupun hujan,” ujar Charles.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here