Home Koronavirus Polis sahkan 45 pekerja industri burung walid dihantar ke pusat kuarantin

Polis sahkan 45 pekerja industri burung walid dihantar ke pusat kuarantin

0
Polis sahkan 45 pekerja industri burung walid dihantar ke pusat kuarantin

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan video tular di laman sosial Facebook yang menunjukkan sekumpulan lelaki menaiki sebuah bas di Bandaraya Kuantan pada malam Khamis adalah benar.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sekumpulan lelaki itu adalah warganegara Bangladesh yang bekerja di sebuah perindustrian burung walid di bandar ini.

Menurutnya, tiga daripada 48 pekerja telah disahkan positif Covid-19 dua hari lalu.

“Susulan itu, tiga lelaki kini berada dalam pemerhatian pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Saki-bakinya iaitu seramai 45 orang akan di bawa ke pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengesahkan satu klip video yang tular di facebook pada Jumaat.

Pada malam Khamis, tular satu klip video memaparkan sekumpulan menaiki sebuah bas tular sebuah pasaraya di Bandaraya Kuantan.

Dalam video berdurasi satu minit lima saat itu menyaksikan pekerja asing berkenaan sedang beratur menaiki bas untuk ke pusat kuarantin.

Abd Jalil berkata, pemindahan kesemua pekerja asing itu ke pusat kuarantin dilakukan oleh pasukan task force yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Pahang.

“Kesemua mereka ini kena dikuarantin kerana mereka tinggal di dalam satu asrama yang mana tiga daripada rakan sekerja adalah positif Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here