Home Koronavirus Polis Kelantan pantau SOP di bazar Ramadan

Polis Kelantan pantau SOP di bazar Ramadan

0
Polis Kelantan pantau SOP di bazar Ramadan

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan menempatkan anggotanya di beberapa lokasi utama bazar Ramadan di negeri ini bagi memantau keadaan semasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, langkah tersebut amat penting bersesuaian dengan kebenaran pembukaan bazar Ramadan yang diumumkan kerajaan.

“Kita nasihatkan orang ramai untuk patuh dalam setiap bentuk SOP yang diwajibkan dan kita akan tempatkan anggota untuk memantau keadaan di bazar tersebut.

“Kekuatan anggota terpulang kepada lokasi bazar berkenaan nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama komuniti di Nilam Puri sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke- 214 di Balai Polis Nilam Puri di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali dan Ketua Balai Nilam Puri, Wan Fauzi Wan Seman.

Ditanya mengenai kebenaran menganjurkan majlis keramaian, Shafien berkata, beliau telah meminta semua ketua polis daerah untuk menyediakan format surat yang bersesuaian untuk tujuan tersebut.

“Apa yang penting mereka datang buat permohonan dan lengkapkan borang tersebut bagi memudahkan lagi urusan kita.

“Kalau jemputan ramai, tapi lokasi tidak sesuai, kami akan berikan nasihat untuk cari lokasi yang sesuai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here