PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengoperasikan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) esok.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembukaan semula PKRC MAEPS itu merupakan langkah pre-emptive bagi memastikan perkhidmatan hospital di Lembah Klang untuk kes bukan Covid-19 tidak terjejas.
“Kes-kes berisiko rendah akan ditempatkan di PKRC MAEPS untuk tempoh yang singkat,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.
Menurutnya, sebanyak 100 katil disediakan di PKRC MAEPS itu.
AKAN MENYUSUL