Home Koronavirus PKR desak kerajaan agih vaksin secara adil, telus

PKR desak kerajaan agih vaksin secara adil, telus

0
PKR desak kerajaan agih vaksin secara adil, telus

IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak kerajaan supaya mengendalikan program vaksinasi Covid-19 secara telus dan berkesan supaya imuniti kelompok boleh dicapai dalam masa terdekat.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, gesaan itu dibuat selepas melihat proses imunisasi yang amat perlahan apabila data Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan sehingga 18 Mei, penduduk yang telah menerima 2 dos vaksin hanya sekitar 790,000 orang iaitu hanya 2.5 peratus daripada populasi penduduk di negara ini.

Menurutnya, keadaan itu sangat membimbangkan apabila bilangan kes baharu dan jumlah kematian mencatat rekod tertinggi sejak kebelakangan ini yang kebanyakan mereka terdiri daripada golongan warga emas dan kumpulan rentan.

“Kita mendesak kerajaan agar bersifat adil dalam pengagihan vaksin dan mengikut keperluan secara saintifik. Kerajaan perlu jelaskan apakah pertimbangan mereka dalam pengagihan vaksin?.

“Sebagai contoh, hanya 3.81 peratus penduduk Selangor yang telah menerima vaksin sedangkan Selangor merupakan negeri populasi tinggi dan mencatat kes baharu Covid-19 yang paling tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata, kerajaan harus mengagihkan sumber secara telus, adil dan saintifik serta mempercepatkan program vaksinasi, khususnya di negeri Selangor demi menjaga keselamatan rakyat seluruh negara.

“Selangor yang sedang berdepan keadaan kritikal jangkitan Covid-19 sepatutnya menerima bekalan vaksin paling tinggi,” katanya

Namun menurutnya, apa yang berlaku, Selangor merupakan negeri kedua terendah dalam penerimaan vaksin di negara ini berdasarkan peratusan vaksinasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here