Home Koronavirus PKPD Mukim Dungun: 5 SJR dibuka, 12 laluan tikus ditutup

PKPD Mukim Dungun: 5 SJR dibuka, 12 laluan tikus ditutup

0
PKPD Mukim Dungun: 5 SJR dibuka, 12 laluan tikus ditutup

DUNGUN – Polis akan melakukan lima sekatan jalan raya (SJR) bermula tengah malam pada Rabu susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kuala Dungun di sini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, lokasi SJR itu ialah simpang tiga Jalan Pantai Sura-Kuala Dungun; Jalan Bijangga; Jalan Nibong Bawah di Kampung Molek; Jalan Ustaz Omar Shukri dan Jalan Nibong Bawah.

Menurut beliau, pihaknya turut menutup 12 laluan termasuk laluan tikus bagi mengawal pergerakan keluar masuk penduduk.

“Seramai 40 anggota akan ditugaskan 24 jam di lima SJR dan kita turut menugaskan unit kereta peronda (MPV) serta unit rondaan bermotosikal (URB) yang akan mengadakan rondaan setiap masa bagi memastikan penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD,” katanya kepada media ketika membuat tinjauan pelaksanaan PKPD di Mukim Kuala Dungun di sini pada Rabu.

PKPD Mukim Kuala Dungun berkuat kuasa bermula pada Rabu hingga 3 Ogos ini melibatkan 13,974 penduduk daripada 2,898 buah rumah dan 10 lokaliti.

Lokaliti terlibat ialah, Kampung Sungai Buaya, Kampung Tanah Lot; Kampung Padang Jambu; Kampung Nibong; Kampung Bukit Chatak Tengah; Kampung Molek; Kampung Bijangga; Kamping Sungai Udang dan Kampung Sungai Penaga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here