Home Koronavirus PKPD: Lapan lokaliti baharu, 34 dilanjutkan

PKPD: Lapan lokaliti baharu, 34 dilanjutkan

0
PKPD: Lapan lokaliti baharu, 34 dilanjutkan

KUALA LUMPUR- Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti sementara enam lokaliti ditamatkan manakala 34 lagi lokaliti dilanjutkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, lokaliti baharu ini membabitkan negeri Terengganu, Sabah, Kelantan dan Perak bermula 17 Ogos sehingga 30 Ogos.

Lokaliti terlibat di Sabah ialah Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu, Kampung Suang Punggur dan Kampung Tambulaung di Kota Belud serta Taman Megah Jaya, Tawau.

Satu lokaliti di Terengganu ialah Kampung Bukit Cina, Mukim Pasir Akar, Besut, manakala di Kelantan ialah Kampung Lela Jasa, Mukim Olak Jeram, Kuala Krai.

Di Perak, lokaliti terbabit ialah Tapak Bina Spanish Garden, Kinta.

Sementara itu, 34 lokaliti yang dilanjutkan PKPD membabitkan negeri Sabah dan Terengganu.

Di Terengganu, sebanyak 19 lokaliti di Mukim Kuala Dungun terbabit iaitu Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kg Molek, Bijangga, Sungai Udang, Sungai Penaga, Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

Turut terlibat ialah 14 lokaliti di Mukim Sura, Dungun iaitu Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

Sementara itu, PKPD di beberapa lokaliti di Terengganu dan Sabah ditamatkan mengikut jadual.

Di Terengganu, lokaliti terbabit ialah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Jabi, Besut.

Di Sabah, PKPD ditamatkan di Ladang Agathis, Kalabakan, Kampung Bakalau, Beaufort, Kampung Nosoob, Penampang, Perumahan Ladang Hibumas, Sungai-Sungai, Beluran, dan Kampung Gusung, Kota Kinabalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here