Home Koronavirus PKPD Kampung Tanah Merah, Kota Marudu dilanjutkan

PKPD Kampung Tanah Merah, Kota Marudu dilanjutkan

0
PKPD Kampung Tanah Merah, Kota Marudu dilanjutkan

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah yang sepatutnya tamat pada Isnin, dilanjutkan mulai 9 hingga 22 Mac.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah penilaian risiko dilakukan bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sehingga kini, KKM melaksanakan 319 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 26 kes positif Covid-19 direkodkan. KKM mengesahkan masih terdapat 181 baki sampel saringan sedang menunggu keputusan dan kes-kes positif masih dilaporkan di lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan berhubung PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pada Ahad.

Sebelum ini, PKPD dilaksanakan di kawasan berkenaan sejak 23 Februari dan dijadualkan tamat pada Isnin.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD di Kampung Emperoh Jambu, Padawan di Kuching, Sarawak akan ditamatkan pada Isnin seperti dijadualkan setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here