Home Koronavirus PKPD dilaksana di Kanowit, Selangau, Sarawak

PKPD dilaksana di Kanowit, Selangau, Sarawak

0
PKPD dilaksana di Kanowit, Selangau, Sarawak

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Isnin ini di dua kawasan di Kanowit dan satu di Selangau.

JPBN dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Rh Boniface Manggie dan Rh Andin di Kanowit serta Rh Tatom, Batang Oya, Stapang di Selangau.

Menurut JPBN, keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes positif Covid-19 di tiga kawasan terbabit.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini turut mengisytiharkan dua kluster baharu iaitu Kluster Tebedu Mawang di Tebedu dan Kluster Jejalong di Sebauh.

Sarawak mencatatkan 479 kes baharu COVID-19 dan enam kematian pada Sabtu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here