PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kawasan di Sandakan bermula esok hingga 23 April ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu melibatkan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Taman Permata dan Taman Seri Labuk.
“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk membolehkan KKM melaksanakan ujian secara bersasar serta menyekat penularan kes di ketiga-tiga lokaliti ini,” katanya dalam kenyataan media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL