Home Koronavirus Kes terus meningkat, 1,854 dilapor positif Covid-19

Kes terus meningkat, 1,854 dilapor positif Covid-19

0
Kes terus meningkat, 1,854  dilapor positif Covid-19

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kes harian positif Covid-19 terus merekodkan peningkatan dengan 1,854 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 357,607 kes.

“Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes iaitu 555 diikuti Selangor (403), Pulau Pinang (176) dan Kelantan (143),” katanya menerusi laman Twitter rasminya pada Jumaat.

Menurutnya, Sabah melaporkan 139 kes, Kuala Lumpur (135) dan Johor (103).

“Negeri Sembilan (40), Kedah (40), Melaka (34), Perak (29), Terengganu (29), Putrajaya (enam) dan Labuan (tiga).

“Sementara Perlis tidak melaporkan sebarang pertambahan,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here