SHAH ALAM – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Seri Desa, Temerloh, Pahang dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu, Sri Aman, Sarawak mulai esok hingga 13 Mei.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.
Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat turut dilaksanakan di seluruh daerah Raub, Pahang serta Perintah Kawalan Pergerakan di Mukim Gali dan Tras, Raub mulai esok hingga 13 Mei.
AKAN MENYUSUL