Home Koronavirus PKPD di Sabah, Sarawak diperluaskan: Ismail Sabri

PKPD di Sabah, Sarawak diperluaskan: Ismail Sabri

0
PKPD di Sabah, Sarawak diperluaskan: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Lapan kawasan di Tawau, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula Isnin hingga 25 April ini untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan terlibat ialah Taman Sri Bukit Tawau; Taman Cahaya; Jalan Tengku Osman; Kuarters Bomba Tawau; Bandar Sri Indah; Jalan Mesra; Kampung Titingan dan Taman Golden Hill.

Katanya, PKPD juga turut dilaksanakan di Sungai Passin, Daerah Matu, Bahagian Mukah, di Sarawak selepas kes dilaporkan meningkat secara mendadak.

“Pelaksanaan PKPD itu dilakukan setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta atas nasihat KKM yang mengesahkan berlaku penularan jangkitan virus itu di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan tinggi,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pada Ahad.AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here