Home Koronavirus PKPD di Pos Betau, Lipis bermula Rabu

PKPD di Pos Betau, Lipis bermula Rabu

0
PKPD di Pos Betau, Lipis bermula Rabu

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di perkampungan orang asli di Pos Betau, Mukim Ulu, Jelai, Lipis, Pahang bermula 20 Oktober hingga 2 November ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, langkah itu dilaksanakan selepas setelah pihaknya meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa penularan Covid-19 di kesemua lokaliti berkenaan.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Rodzi memaklumkan PKPD di Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn Bhd Bukit Koman, Mukim Gali, Raub, Pahang serta Kampung Pasir Kelang, Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan akan ditamatkan mengikut jadual pada 19 Oktober ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here