Home Koronavirus PKPD di Pantos, Pahang dilanjutkan

PKPD di Pantos, Pahang dilanjutkan

0
PKPD di Pantos, Pahang dilanjutkan

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan Program Bersepadu Daerah Terpencil (Projek untuk Penempatan Orang Asli) Pantos, Lipis, Pahang akan dilanjutkan dari 22 Oktober sehingga 4 Oktober ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di lokaliti tersebut pada awalnya dijadualkan tamat pada esok.

“Bagaimanapun setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilanjutkan di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada mana-mana lokaliti yang dilaksanakan atau ditamatkan PKPD pada 20 Oktober ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here