Home Koronavirus PKPD di kuaters pekerja ladang di Bintulu

PKPD di kuaters pekerja ladang di Bintulu

0
PKPD di kuaters pekerja ladang di Bintulu

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Pekerja Ladang Karisma di Bintulu dikuatkuasakan mulai 17 hingga 30 Julai ini.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan tiga PKPD melibatkan Rumah Kunjang Sembayan Ban (Sri Aman), Kampung Long Kevok (Telang Usan) dan Rumah Kedeney (Sri Aman) pula ditamatkan pada Ahad.

Sarawak merekodkan 261 kes Covid-19 baharu pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 71,300 kes dan satu kes kematian baharu direkodkan, sekali gus menjadikan jumlah kematian kepada 444 orang.

Pada Ahad juga terdapat 495 kes yang telah pulih dengan 4,826 kes aktif dan masih dirawat. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here