Home Koronavirus PKPD di enam kawasan libat empat negeri bermula Sabtu

PKPD di enam kawasan libat empat negeri bermula Sabtu

0
PKPD di enam kawasan libat empat negeri bermula Sabtu

SHAH ALAM – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Sitiawan di daerah Manjung di Perak mulai 29 Mei hingga 11 Jun.

Pelaksanaan PKPD turut melibatkan tiga lokaliti di daerah Bera, Pahang dan di mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu berkuat kuasa dalam tempoh sama.

Selain itu, PKPD turut dilaksanakan Kampung Baru Durok di Keningau, Sabah juga dalam tempoh 14 hari yang juga bermula Sabtu ini.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here