Home Koronavirus PKPD di empat lokaliti di Pahang, Sabah bermula Khamis

PKPD di empat lokaliti di Pahang, Sabah bermula Khamis

0
PKPD di empat lokaliti di Pahang, Sabah bermula Khamis

KUALA LUMPUR – Empat lokaliti, masing-masing dua di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 2 hingga 15 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti di Pahang melibatkan Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian di mukim Bebar daerah Pekan manakala di Sabah ialah Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih) di Ranau.

“Sementara itu, PKPD di Taman Ria Height di Tawau, Sabah yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan bagi tempoh sama sehingga 15 Sept,” katanya dalam kenyataan perlaksanaan PKPD pada Selasa.

Dalam pada itu, PKPD di dua lokaliti di Pahang iaitu Felda Jenderak Utara, Kuala Krau di Temerloh dan Ladang Selbourne, mukim Gua di Lipis serta beberapa kawasan di Sabah ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Payas-Payas di Kota Belud, Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park (Penampang), Kampung Iburu dan Kampung Meligan (Sipitang), Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9 (Lahad Datu) serta Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1 (Beluran).

PKPD di Kampung Kulambai, Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Kulambai Danau di Kota Belud juga ditamatkan Rabu, lebih awal daripada jadual asal pada 4 September. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here