Home Koronavirus PKPD di empat Felda tamat hari ini

PKPD di empat Felda tamat hari ini

0
PKPD di empat Felda tamat hari ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang tamat hari ini, lebih awal daripada jadual asal iaitu 15 Mac.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas kerajaan membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 471 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif hanya satu kes dilaporkan melibatkan lokaliti berkenaan.

“KKM turut mengesahkan kes positif hanya dikesan dalam Felda Ulu Jempol dan semua kontak rapat, kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenal pasti, disampel serta diasingkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here