Home Koronavirus PKPD di dua kampung di Kota Belud

PKPD di dua kampung di Kota Belud

0
PKPD di dua kampung di Kota Belud

SHAH ALAM – Dua kawasan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada 29 Jun sehingga 12 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti di Sabah itu melibatkan Kampung Nahaba Tegudon dan Kampung Linau, Kota Belud.

“Hasil saringan, sembilan kes positif telah direkodkan di Kampung Nahaba Tegudon manakala 11 kes di Kampung Linau.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes-kes positif dan kontak rapat supaya dapat diasingkan serta menyekat penularan jangkitan keluar dari lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di beberapa kawasan di Labuan, Sabah dan Sarawak pada 28 Jun ini.

Menurutnya, lokaliti itu termasuk lima sub-zon di Labuan, Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching; 11 Rumah Panjang dan SK Stalon, Stalon, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak.

Tambah beliau, turut tamat tempoh PKPD Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud; Batu 3.5 Jalan Apas (Kiri), Tawau dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat, Sabah.

“KKM mendapati terdapat trend penurunan kes dan tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, PKPD Kampung Penimbawan, Tuaran, Sabah yang dijadualkan tamat pada 28 Jun telah dilanjutkan sehingga 12 Julai.

Menurut beliau, ia kerana masih terdapat penularan berterusan dalam kalangan penduduk di dalam kawasan PKPD serta masih terdapat jangkitan baharu yang direkodkan.

“KKM telah melakukan 1,693 ujian saringan dan 53 daripadanya disahkan positif Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here