Home Koronavirus PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang tamat esok: MKN

PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang tamat esok: MKN

0
PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang tamat esok: MKN

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, ini termasuk PKPD di Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan di Ranau, Sabah yang bermula pada 26 September lepas.

Dalam kenyataan mengenai PKPD pada Jumaat beliau berkata, satu lagi lokaliti di Sabah ialah Base Camp Bornion Timber Sdn Bhd di Keningau yang bermula pada tarikh sama.

Di Pahang pula menurutnya ia termasuk Kampung Pasu dan Kampung Penderas di Kuala Krau yang bermula 12 September lepas, serta Rumah Pangsa Jalan Karak di Mentakab yang bermula 26 September lepas.

Selain itu Rodzi berkata setelah meneliti analisa Kementerian Kesihatan mengenai risiko dan trend jangkitan Covid-19, PKPD di beberapa lokaliti di Pahang yang tamat esok akan dilanjutkan hingga 23 Oktober ini.

Ia termasuk Pos Sinderut dan perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, kesemuanya di Lipis. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here