Home Koronavirus PKPD di beberapa lokaliti di Pahang, Johor, Terengganu dan Sabah

PKPD di beberapa lokaliti di Pahang, Johor, Terengganu dan Sabah

0
PKPD di beberapa lokaliti di Pahang, Johor, Terengganu dan Sabah

KUALA LUMPUR – Beberapa lokaliti di Pahang, Johor, Terengganu dan Sabah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Sabtu ini hingga 25 Jun.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti di Pahang melibatkan Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur, manakala di Johor membabitkan Ladang Tereh Mill di Kluang.

Di Terengganu, PKPD dilaksanakan di Kampung Tajin, Kuala Berang di Hulu Terengganu, manakala di Sabah membabitkan Lorong Pasir Putih 1, Taman Pasir Putih Fasa 1 di Putatan.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here