Home Koronavirus PKPD di beberapa lokaliti di lima negeri bermula Ahad ini

PKPD di beberapa lokaliti di lima negeri bermula Ahad ini

0
PKPD di beberapa lokaliti di lima negeri bermula Ahad ini

SHAH ALAM – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Terengganu, Pahang, Johor, Selangor dan Sabah bermula Ahad ini hingga 12 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dilaksanakan di 21 mukim dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu.

Manakala di Sabah dua lokaliti Kampung Pasir Putih Blok B, PPR Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih di Tawau turut dilaksanakan PKPD.

Selain itu, beliau berkata, turut dikenakan PKPD adalah di Felda Jengka 24, Jerantut, Kampung Baru Melayu, Bentong; Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru; Taman Pertama dan Taman Serendah, Sabak Bernam.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here