Home Koronavirus PKPD di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini

PKPD di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini

0
PKPD di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD akan dilaksanakan di 13 lokaliti di Kuantan, Pahang mulai 18 hingga 31 Julai.

Selain itu PKPD turut dilaksanakan di Selangor iaitu di Damai Apartment PJS 8, Damansara di Petaling; di Jalan Pandan Indah, Ampang; di Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi di Klang dan Taman Samudera di Gombak.

Di Sabah PKPD dilaksanakan di Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang di Silabukan, Lahad Datu; di Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.

Di Sarawak PKPD dilaksanakan di Kampung Seratau, Kampung Astana Lot dan Kampung Sungai Bedil Besar di Kuching, Sarawak.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here