Home Koronavirus PKPD di 24 lokaliti mulai Ahad

PKPD di 24 lokaliti mulai Ahad

0
PKPD di 24 lokaliti mulai Ahad

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 lokaliti meliputi 14 di Pahang, empat di Selangor serta masing-masing tiga di Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad ini hingga 31 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD pada Jumaat, beliau berkata, PKPD di Pahang melibatkan 13 lokaliti di Kuantan iaitu Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kempadang, Sungai Soi dan Kampung Pahang.

PKPD turut dikenakan di Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku, manakala di Temerloh melibatkan Taman Chengal.

Di Selangor katanya, membabitkan Damai Apartment, PJS 8 Damansara di Petaling; Jalan Pandan Indah, Ampang (Hulu Langat); Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi (Klang) dan Taman Samudera di Batu (Gombak).

“PKPD di Sabah merangkumi Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, di Silabukan, Lahad Datu; Kampung Pinolobuh Bukid (Kota Belud); PPR Taman Ehsan (Kudat); manakala di Kuching, Sarawak ialah Kampung Seratau, Kampung Astana Lot dan Kampung Sungai Bedil Besar,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here