Home Koronavirus PKPD 15 mukim di Besut ditamatkan

PKPD 15 mukim di Besut ditamatkan

0
PKPD 15 mukim di Besut ditamatkan

BESUT – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 15 mukim di daerah ini ditamatkan jam 11.59 malam ini selepas berkuatkuasa selama 28 hari.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Besut (JPBD), Ahmad Farhan Abdul Wahab bagaimanapun berkata, orang ramai masih tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 28 Jun 2021 dan prosedur operasi standard (SOP) Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 14 Jun 2021.

“Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 17 Jun 2021, kerajaan telah bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Besut, Terengganu pada 18 Jun 2021 (11.59 malam) seperti dijadualkan.

“JPBD mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, PKPD di 15 mukim di Besut, Terengganu yang sepatutnya berakhir 4 Jun lalu dilanjutkan sehingga 18 Jun.

Mukim-mukim terlibat ialah Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here