Home Koronavirus PKP dilaksana di Sandakan

PKP dilaksana di Sandakan

0
PKP dilaksana di Sandakan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sandakan, Sabah berkuat kuasa 17 April sehingga 30 April 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP itu antara lain untuk memastikan kadar infeksi terkawal dan tidak menular dengan pantas ke kawasan lain dalam daerah mahupun ke daerah berlainan.

“Sehingga hari ini, sebanyak 46 kes baru telah direkodkan dan secara kumulatifnya sebanyak 6,806 keseluruhan kes dilaporkan di daerah itu.

“KKM mengesahkan sebanyak 78 kes juga direkodkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu beliau berkata, PKP di daerah Tawau, Sabah dilanjutkan bermula 17 sehingga 30 April.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here