Home Koronavirus Pilihan raya kerajaan tempatan Itali tangguh akibat Covid-19

Pilihan raya kerajaan tempatan Itali tangguh akibat Covid-19

Pilihan raya kerajaan tempatan Itali tangguh akibat Covid-19

ROM – Kerajaan Itali pada Khamis menangguhkan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan yang dijadualkan diadakan pada lewat musim panas tahun ini ekoran pandemik Covid-19 masih melanda negara itu.

Menurut AFP, sejumlah bandar-bandar penting antaranya Rom, Milan, Naples, Turin dan Bologna dijangka melaksanakan pilihan raya bagi memilih datuk bandar baharu pada bulan Jun.

Bagaimanapun, disebabkan oleh situasi pandemik Covid-19, sukar untuk kempen Pilihan Raya Datuk Bandar itu diadakan.

Keputusan itu turut menyebabkan penjadualan semula pilihan raya wilayah di Calabria, selatan Itali yang sepatutnya diadakan pada bulan April.

Pilihan raya lain juga terpaksa ditangguhkan.

Menurut sumber kerajaan, pilihan raya tempatan datuk bandar itu dijangka diadakan antara bulan September dan Oktober depan.

Itali merupakan salah sebuah negara yang paling teruk dilanda Covid-19 dengan hampir 99,000 kematian.

Negara itu juga mencatatkan hampir tiga juta kes iaitu kira-kira lima peratus daripada penduduk negara tersebut.

Dalam tempoh beberapa hari lagi, pihak berkuasa dijangka mengetatkan larangan antivirus itu berikutan kebimbangan berlakunya peningkatan kes baharu yang tercetus disebabkan oleh penyebaran varian baharu Covid-19. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here