Home Koronavirus PICKids: Kerajaan perluas ‘outreach’ sekolah

PICKids: Kerajaan perluas ‘outreach’ sekolah

0
PICKids: Kerajaan perluas ‘outreach’ sekolah

KUALA BERANG – Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan program ‘outreach’ sekolah di seluruh negara sebagai langkah meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata setakat ini sebanyak 392 pasukan telah digerakkan ke 1,244 sekolah di seluruh negara.

“Pasukan ‘outreach’ ini bergerak dari sekolah ke sekolah, (berlainan dengan) PPV (pusat pemberian vaksin) sekolah yang kita kumpul kira-kira enam hingga tujuh sekolah sekali dan buat (vaksinasi) di satu sekolah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, di sini pada Khamis.

Sementara itu, katanya, sebanyak 81 PPV sekolah sedang beroperasi bagi meningkatkan kadar vaksinasi kanak-kanak di negeri ini yang hanya mencapai 7.5 peratus setakat ini.

Beliau berkata tujuh PPV offsite melibatkan petugas kesihatan swasta dan kerajaan, turut dibuka di seluruh Terengganu untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here