Home Koronavirus PICKids: 40,150 kanak-kanak di Pahang telah divaksin

PICKids: 40,150 kanak-kanak di Pahang telah divaksin

PICKids: 40,150 kanak-kanak di Pahang telah divaksin

KUANTAN- Seramai 40,150 kanak-kanak telah menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di negeri ini hingga Sabtu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, jumlah itu kira-kira 20.8 peratus berbanding 192,600 kanak-kanak yang disasarkan.

Menurutnya, daerah Cameron Highlands mencatatkan jumlah liputan tertinggi dengan 38.2 peratus.

“Enam daerah mempunyai liputan 20 hingga 30 peratus iaitu Bera (27.2 peratus),Raub (25.3 peratus), Bentong (25.2 peratus), Kuantan (24.1 peratus), Temerloh (22.5 peratus) dan Jerantut (21.1 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dr Nor Azimi berkata, dalam.pelaksanaan PICKids di negeri ini, terdapat 133 pusat pemberian vaksin (PPV) beroperasi dengan kapasiti keseluruhan 5,075 dos sehari.

“Daripada jumlah PPV yang beroperasi, 46 PPV sekolah, PPV klinik kesihatan (67), PPV awam (1), PPV offsite (8) dan 18 pasukan jangkau luar (outreach) sekolah,” katanya.

Tambah beliau, ketika ini terdapat enam PPV yang memberikan suntikan secara ‘walk in’ iaitu di Dewan Eng Choon dan UNIKlinik IM2 di Kuantan, Dewan Jubli Perak Raub, Dewan Kuala Rompin, Dewan Tun Razak Temerloh dan di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab.

Program PICKids untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di lancarkan 3 Februari lalu manakala di Pahang bermula pada 7 Februari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here