Home Koronavirus Petugas KKM lengkap vaksinasi dijangkiti Covid-19 hanya bergejala ringan

Petugas KKM lengkap vaksinasi dijangkiti Covid-19 hanya bergejala ringan

0
Petugas KKM lengkap vaksinasi dijangkiti Covid-19 hanya bergejala ringan

PUTRAJAYA – Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang dijangkiti Covid-19 selepas lengkap menerima dua dos vaksin, hanya mengalami gejala ringan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, kebanyakan petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 itu menjadi pesakit kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Daripada sejumlah 243,309 petugas KKM yang lengkap divaksinasi, hanya 0.75 peratus atau 1,834 petugas dijangkiti Covid-19.

“Daripada jumlah itu, hanya seorang merupakan kategori 4 (pesakit Covid-19 yang memerlukan oksigen), dua orang kategori 3 sementara 1,219 orang dalam kategori 2 dan seramai 612 dalam kategori 1,” katanya dalam sidang akhbar mingguan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Rabu.

Dr Adham berkata, kadar jangkitan dan tahap keseriusan yang rendah itu sekali gus dapat mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan, terutamanya di unit rawatan rapi.

“Ini menunjukkan vaksin yang kita laksanakan melindungi dan efikasi vaksin mencapai tahap (yang dikehendaki),” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here