KUALA LUMPUR – Pesawat Raya Airways TH384 bawa sejuta dos vaksin Pfizer BioNTech tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 8.10 pagi tadi.
Pada Ahad, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.
Hishammuddin berkata, Malaysia juga amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bernilai AS$250,000.
AKAN MENYUSUL