Home Koronavirus Pesakit Covid-19 kategori 3 bertambah

Pesakit Covid-19 kategori 3 bertambah

0
Pesakit Covid-19 kategori 3 bertambah

SHAH ALAM – Situasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 kini semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit Covid-19 kategori tiga.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melalui Facebook pada Ahad memaklumkan, pada awal Januari, PKRC MAEPS hanya mempunyai 60 katil untuk kategori tiga.

Bagaimanapun menurut beliau, kini PKRC Bersepadu MAEPS menempatkan 757 pesakit kategori tiga dan pihaknya bercadang menambah kapasiti kepada 1,000 katil.

Beliau berkata, penambahan katil itu adalah bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras peningkatan bilangan pesakit Covid-19 terkini.

“Oleh yang demikian, pesakit dengan kategori tiga ditempatkan di dewan-dewan yang berdekatan dengan unit rawatan rapi (ICU) sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan.

“Manakala pesakit kategori satu dan dua yang stabil pula ditempatkan di Dewan DG,,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu pihaknya akan cuba sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan ini,” kata JKNS.

PKRC MAEPS juga berterima kasih dan menyambut baik saranan seorang pengguna Twitter berhubung proses kemasukan yang mengambil masa yang lama dan akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here