Home Koronavirus Permit, lengkap suntikan vaksin sebelum masuk Brunei

Permit, lengkap suntikan vaksin sebelum masuk Brunei

0
Permit, lengkap suntikan vaksin sebelum masuk Brunei

KUCHING – Semua pengangkut asing termasuk dari Sarawak kini perlu mendapatkan permit rentas sempadan dan dua dos vaksin Covid-19 sebelum dibenar memasuki Brunei.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata, peraturan baharu itu telah disampaikan kepada kementeriannya oleh Konsulat Jeneral Brunei, di sini baru-baru ini.

“Pengangkut juga dikehendaki mempunyai keputusan ujian PCR Covid-19 yang negatif iaitu sah selama dua minggu sebelum dibenar memasuki Brunei.

“Keputusan ujian Rapid Antigen Covid-19 yang negatif bagi setiap kemasukan ke Brunei juga diperlukan.

“Seperti yang disahkan oleh Konsulat Jeneral Brunei di Kuching, Ujian Rapid Antigen Covid-19 akan dijalankan terhadap pengangkut secara percuma di sempadan Brunei oleh kakitangan Kementerian Kesihatannya,” kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Kim Shin, semua pengangkut berdaftar dan pelancong penting lain dari Sarawak harus mengambil maklum perkara itu atau mereka tidak dibenarkan memasuki Brunei sekiranya keputusan ujian Rapid Antigen mereka positif pada hari kemasukan.

“Kami percaya pemberitahuan ini akan membolehkan semua pengangkutan berdaftar dan pelancong penting lain mematuhi peraturan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei untuk melindungi nyawa dan kehidupan semua pihak yang terlibat,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here