KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti keadaan mutasi baharu Covid-19 sebelum membuat pertimbangan untuk negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, banyak perkara perlu dinilai sebelum kerajaan mengambil keputusan penting itu terutamanya melibatkan keselamatan rakyat.
“Kita tidak ada kuasa untuk menentukan bagaimana virus ini bermutasi. Kalau lihat kepada sejarah virus (Covid-19) ia telah menyebabkan pandemik kepada manusia. Jadi, sekarang ini kita perlu lihat bagaimana virus bergerak.
“Jadi, persoalan bila hendak beralih sepenuhnya ke fasa endemik ini banyak bergantung kepada mutasi sebab itu kita berasakan kajian perlu diteruskan berkenan dengan varian yang ada serta kesannya.
“KKM berpendapat kita masih perlu berhati-hati sebab tidak tahu apakah virus mutasi ini,” katanya dalam sidang akhbar di salah sebuah hotel di sini pada Rabu.
AKAN MENYUSUL