Home Koronavirus Penyumbang vaksin Pulau Pinang enggan tunjuk bukti: Khairy

Penyumbang vaksin Pulau Pinang enggan tunjuk bukti: Khairy

0
Penyumbang vaksin Pulau Pinang enggan tunjuk bukti: Khairy

SHAH ALAM – Seorang individu yang didakwa ingin menyumbang vaksin percuma kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang enggan menunjukkan bukti untuk melakukan perkara tersebut.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, seorang pegawainya sudah menghubungi lelaki yang didakwa sebagai Yong Chee Kong.

Menurut beliau, pegawai tersebut bertanya kepada lelaki berkenaan mengenai bukti sumbangan vaksin yang ingin diberikan supaya pihaknya dapat membantu menguruskan perkara tersebut.

“Lelaki itu berkata tidak. Dia berkata dia mempunyai wang dalam akaun di Hong Kong.

“Pegawai saya beritahu dia perlu menunjukkan bukti sumbangan tersebut atau membuat sumbangan rasmi kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Bukan dia yang akan membayar kepada mana-mana syarikat. Dia juga telah menolak.

“Seperti yang saya sebut semalam, saya gembira untuk membantu mengenai sumbangan ini jika Encik Yong boleh membuktikan dia boleh mendapatkan vaksin ini atau membuat sumbangan rasmi kepada kerajaan,” katanya dalam laman Twitternya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Pulau Pinang kena scam: Khairy

Pada 19 Mei, Khairy berkata, tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penipuan.

Menurut Khairy, surat tawaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikirimkan oleh seorang individu bernama Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, Sabah yang mendakwa sebagai Pengarah Urusan di Syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.

Bagaimanapun, menurut laporan MalayMail, Chee Kong tampil menafikan kenyataan Khairy dan berkata, tawaran itu merupakan tulen dan bukan satu penipuan.

Menurutnya, isu tersebut telah dipolitikkan sedangkan beliau hanya mahu memberi sumbangan dalam bentuk bekalan vaksin bukannya wang tunai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here